BANTU BIAYA PENGOBATAN PAK SADIKIN SUHNI, KORBAN KECELAKAAN

Dana Terkumpul

Rp1.600.000 / Rp30.000.000

7 tahun yang lalu

7 tahun lalu

Nama Inisiator

Azroy Manaf

Deskripsi


Assalamualaikum semua warga BAWEAN .

Saya atas nama keluarga besar AOP degan rasa rendah diri dan tawadu' kpd Allah S. W. T ingin mengemis rasa simpati dan kemuliaan hati anda semua untuk sama-sama menghulurkan bantuan untuk meringan beban kepada sahabat AOP kita yang kini sedang menderita sakit teruk yang memang tidak akan kembali pulih.

Beliau telah terlibat dengan Kemalangan jalan raya 5 bulan yang lalu dan telah melalui siri pembedahan yang banyak serta menelan kos kewangan yang sangat tinggi. Mengikut dari perbualan saya bersama ibu mangsa semalam di kediaman mereka di Hulu Langat Kg Mampir.

Sadikin telah kehilangan Nikmat pandangan Mata, yg mana biji mata sebelah kiri telah tiada dan juga kedua saraf mata telah terputus akibat daripada impak Kemalangan tersebut.

Selain itu juga, rahang serta tengkorak kepala semua telah patah dan kini hanya ditampung dgn besi sewaktu pembedahan tersebut. Manakala, anggota badan lain sudah tidak berfungsi kecuali tangan sebelah kiri serta kaki kanan tetapi masih mempunyai darah beku dan memerlukan beberapa siri pembedahan lanjut.

Kini sadikin sedang terlantar tanpa boleh berbicara dan tanpa boleh melihat selain mendengar. Tambahan pula, rawatan rutin sadikin setiap bulan utk ulang alik dr rumah ke hospital agak membebankan dari segi kewangan, kerana keluarga beliau terpaksa memanggil ambulan untuk proses pergi dan balik untuk mendapatkan rawatan wajib setiap bulan.

Disamping itu, ibu sadikin terpaksa berhenti kerja, utk menjaga beliau yg sedang terlantar sakit, malah bapa beliau pula merupakan seorang tukang kebun dgn pendapatan tidak begitu besar, dan saya percaya agak membeban bagi mereka untuk menanggung kos perubatan saudara Sadikin.

Untuk rekod sahabat semua, sadikin merupakan ahli AOP yang telah lama bersama-sama kami, sejak penubuhan AOP sehinggalah hari ini. Beliau tidak pernah lepas utk hadir ke apa sahaja aktiviti anjuran AOP. beliau juga merupakan seorang sahabat yang baik serta kaya santun bicara bila bersama-sama.

Jadi dengan ini, saya menyeru sahabat semua untuk sama-sama kita menghulurkan sedikit harta kita, untuk membantu keluarga sadikin dlm proses seharian mereka melalui saat-saat sukar atas ujian Allah ini. Hari ini kita bantu beliau, in sha Allah suatu hari nanti, giliran anda pula akan dibantu.

Niatkan dalam hati dan sedekahkan dengan ikhlas walau berapa jumlah yg anda mampu. Kerana sumbangan anda tidak dinilai dengan jumlah wang ringgit. Keikhlasan dari anda yang kami mahukan. Kalau belum mampu hulurkan dari segi kewangan, bantulah untuk sebarkan maklumat ini. Terima Kasih

Wassalamualaikum.


CATATAN

Tanggal 16 September 2018 diatas adalah Batas Akhir Penggalangan Donasi. Bukan tanggal berita terbit.

Donatur (4)

Morni Bin Sulaiman

20 September 2018

Rp400.000

Asy'ari

19 September 2018

Rp1.000.000

Zizan Amin Akbar

10 September 2018

Rp100.000

Akhmad Fatah Yasin

09 September 2018

Rp100.000